Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukma: Pengguguran taekwondo kejutkan ramai pihak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-humaira-abdul-karim-taekwondo_1.jpg
Pengguguran sukan taekwondo dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor, tahun depan bukan sahaja memberi kejutan kepada persatuan, malah atlet muda dengan masing-masing meluahkan perasaan terkilan.

Persatuan Taekwondo Malaysia (TM) menerima tamparan apabila sukan itu tidak akan dipertandingkan buat kali pertama sejak temasya itu diperkenalkan 33 tahun lalu.

Ia satu tamparan hebat memandangkan taekwondo sukan yang dipertandingkan di pentas dunia, seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Keputusan itu menimbulkan perasaan terkilan antara atlet-atlet negara yang melihat Sukma sebagai pentas pembangunan dan penilaian prestasi buat mereka.

"Ia boleh dikira (pelantar) untuk kami menilai prestasi. 

"Kami tidak dapat menilai tahap kami dengan negeri-negeri lain untuk menilai sejauh manakah kami layak mewakili, sama ada mewakili negeri atau negara," kata atlet muda wanita, Nur Humaira Abdul Karim. 

Nada kecewa turut diluahkan atlet muda lelaki negara, Jason Loo Jun Wei.

"Ini sangat mengecewakan. Tahun lalu saya berpeluang menyertai Sukma dan mewakili Terengganu tetapi gagal. 

"Saya harap ia dipertandingkan tahun depan," katanya. 

Sementara itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji jenis sukan yang patut dipertandingkan dalam Sukma 2022.

Advertisement

Must Watch Video