Skip to main content

Sukan Lain

SUKMA 2024: Sukan karate bina semangat baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karate.jpg
Bekas atlet karate negara, R.Sharmendran, mengetengahkan fokus untuk memberi ruang dan peluang buat atlet Sukan Malaysia (SUKMA) mengadakan persiapan bersama rakan sepasukan.

Kem latihan antara negeri anjuran olimpian negara itu melibatkan lima pasukan yang kini dalam persiapan ke Sukma Sarawak yang bakal membuka tirai 17 Ogos depan.

"Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan atlet karate serata negara datang di satu tempat untuk melakukan latihan bersama-sama untuk membentuk masa depan terbaik sukan tersebut.

"Di sini mereka mempunyai peluang untuk berinteraksi bersama pelatih yang berbeza dan akan memberikan pengalaman terbaru buat diri masing-masing," katanya.

Dalam masa sama, Sharmendran juga berharap generasi dalam sukan karate akan datang mampu meneruskan persiapan seperti itu demi meningkatkan tahap kompetitif di kalangan pelapis kebangsaan.

Selain membawa masuk atlet daripada luar negara yang akan menelan kos lebih besar, setidak-tidaknya atlet tempatan juga mampu menawarkan simulasi tahap antarabangsa.
 

Advertisement

Must Watch Video