Netizen menyokong dan mempertahan kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, yang menolak cadangan agar Negeri Borneo memberikan bantuan untuk menampung kos penghantaran kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Cadangan itu berikutan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mengeluarkan kenyataan agar Sarawak membantu sebahagian daripada kos keperluan dan mengangkut peralatan ke kejohanan edisi ke-21 berkenaan yang bermula 17 Ogos depan.
Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga temasya itu dianjurkan oleh Sarawak selepas kali terakhir adalah pada tahun 1990 dan 2016.
Seramai 382 atlet dan 596 pegawai dari Kedah akan menyertai 32 daripada 37 acara dalam edisi kali ini.