Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayob Rahmat, gembira acara itu masih dalam pertimbangan untuk tersenarai dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan, sekali gus membuktikan usaha membendung kes doping mula membuahkan hasil.
Jawatankuasa Tertinggi Sukma akan memutuskan status angkat berat, bulan depan.
Syarat utama yang dikenakan ialah memastikan sukan itu bebas kes doping yang menyaksikan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sudah mengambil ratusan sampel air kencing atlet di Bukit Jalil.
Namun bagi PABM, ia langkah awal yang berjaya.
"Kami sudah berikan usaha terbaik untuk memastikan atlet dan jurulatih memahami peranan masing-masing berkenaan soal doping.
"Saringan baru-baru ini dapat memberikan petanda bahawa mereka memahami tanggungjawab sebagai atlet dalam isu doping ini," kata presiden PABM itu.
Setiausaha Agung Persatuan Angkat Berat Wilayah Persekutuan, Ahmad Janius Abdullah, mendedahkan bahawa kem itu tetap gigih menjalani latihan meskipun dilanda kemelut doping.
"Sejak berita sukan angkat berat berkemungkinan tidak dipertandingkan dalam Sukma 2020 tersebar, kami tetap memastikan atlet berada di tahap yang sentiasa bersedia menerusi kerjasama dan dorongan daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
"Kami di pihak pengurusan Persatuan Angkat Berat Putrajaya sentiasa bersedia untuk menghadapi Sukma 2020," katanya.
Kontinjen Wilayah Persekutuan memenangi sembilan pingat emas edisi di Perak, tahun lalu.