Atlet Politeknik Malaysia, Teoh Kim Ling, meraih pingat emas pertama olahraga Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 dengan rekod baru kejohanan, 20 minit 11.14 saat, dalam acara 5,000 meter hari ini.
"Saya telah memberikan fokus terhadap prestasi saya dan berjaya melakukan yang terbaik," kata Kim Ling.
"Ia merupakan sasaran saya untuk meraih pingat emas dan berjaya mencipta rekod baru."
Kim Ling berharap kemenangan itu akan meningkatkan motivasinya untuk membuat persiapan bagi menghadapi Sukma Malaysia (Sukma) 2018 dan mahu mencipta lagi kemenangan dalam temasya kali ini.
"Saya akan terus berusaha dan berlatih dengan baik untuk memperbaiki catatan masa dan berharap untuk mencipta lebih banyak kejayaan.
"Saya masih lagi mempunyai acara 3,000m larian berhalangan, 400m dan 4x400m. Saya mahu mencipta lebih banyak kejayaan dalam saingan edisi kali ini," katanya.