Persatuan Memanah Berkuda Malaysia (MHAF) menggalas misi penting menjelang Kelayakan Piala Dunia, sekali gus menandakan langkah awal memperkasa sukan warisan itu ke pentas antarabangsa.
Meskipun cabaran getir menanti kem negara selepas diundi dalam kumpulan maut yang menempatkan jaguh dunia seperti Korea Selatan dan Mongolia, ia tidak menghalang kem negara untuk menampilkan keyakinan mencipta kejutan, termasuk meletakkan sasaran kilauan emas.
"Persiapan daripada segi mental berada di tahap 100 peratus.
"Saya meneliti pasukan lawan mendapati Malaysia memiliki peluang cerah untuk membawa pulang pingat emas," kata jurulatih, Akmal Dahalan.
Lebih mencuri tumpuan, kehadiran selebriti tanah air, Faizal Tahir, yang turun sebagai penasihat kelab memanah berkuda negara turut menarik nafas lega selepas pengiktirafan persatuan itu akhirnya menemui titik noktahnya.
Dengan kerjasama daripada pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN), diharap sukan tradisi ini mampu menarik lebih ramai minat daripada masyarakat untuk membawa sukan ini beraksi di pentas dunia.
"Saya fikir tidak salah untuk membawa masuk bangsa dan agama lain selain Melayu dan Islam dalam sukan memanah," kata penyanyi terkemuka itu.
"Dengan kejayaan lalu, kita harus memberi lebih banyak platform kepada sukan sunnah untuk mengharumkan nama negara," kata timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.