Malaysia menghantar kontinjen terkecil dalam sejarah ke Sukan Solidariti Islam 2025 di Riyadh, Arab Saudi dari 7 hingga 21 November ini.
Kontinjen negara yang diperkuatkan 16 atlet daripada muay thai, karate, angkat berat, olahraga dan taekwondo tetapi tidak diletakkan sasaran spesifik dalam temasya kali ini.
Kontinjen negara mengubah pendirian asal yang secara tradisinya menghantar atlet elit ke temasya edisi ke-6 itu apabila menghantar bakat pelapis terbaik ke Riyadh pada edisi kali ini.
Difahamkan, pengkhususan menuju Sukan SEA 2025 di Thailand yang bermula 9 Disember hadapan menjadi faktor utama kontinjen negara menghantar bakat muda terbaik berbanding atlet elit.
Temasya sukan ini menghimpunkan atlet elit dari 57 negara islam dengan mempertandingkan 23 acara sukan.
Sukan Solidariti Islam merupakan temasya ketiga terbesar dunia selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia.
"Nampaknya hanya muay thai sahaja boleh disandarkan pingat.
"Ramai atlet muda yang disenaraikan kali ini dan perlu mencapai sasaran prestasi terbaik terbaik, jadi kami harapkan ada sedikit kejutan seperti melalui angkat berat.
"Tahap persaingan dalam Sukan Solidariti Islam sangat tinggi dan kami memutuskan untuk menghantar atlet pelapis sebagai pendedahan awal memandangkan tempoh jarak Sukan SEA yang begitu dekat," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefry Ngadirin.