Penembak muda negara, Zul Haziq Rosli, mengidam untuk membuat penampilan sulung di pentas Sukan SEA, meskipun mengakui berdepan persaingan sengit untuk mewakili negara dalam temasya di Kuala Lumpur nanti.
Menjelang temasya pada 19 hingga 30 Ogos itu nanti, Zul Haziq kini bersaing merebut tempat bagi acara 10 meter air rifle dan 50m rifle prone.
Penembak berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur itu mengakui lebih menumpukan acara kegemarannya, 10m air rifle.
Namun, Zul Haziq berdepan saingan hebat daripada Ezuan Nasir Khan, Hadafi Jaafar dan Zubair Mohamad memandangkan dua penembak sahaja akan dipilih untuk mewakili setiap acara dalam temasya dwi-tahunan itu.
"Temasya yang lalu saya tercicir walaupun pada awalnya nama saya sudah tersenarai.
"Mungkin bukan rezeki saya, jadi saya ingin merebut peluang untuk beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.
"Saya akan buat sehabis baik," katanya.
Lantaran itu, Zul Haziq bertekad memberikan aksi terbaik dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA), awal bulan depan.
Zul Haziq baru-baru ini beraksi cemerlang untuk memenangi pingat emas acara 10m air rifle Kejohanan Trofi Piala Presiden TH Ally Ong.
Sebelum itu, dalam Kejohanan Trofi Tun Hanif, Zul Haziq berjaya meraih perak.