Jurulatih skuad bola tampar negara, Tay Yeu Siong, berdepan tugas sukar untuk membuat pemilihan 12 pemain terbaik yang bakal dipertaruhkan dalam Sukan SEA, 19-31 Ogos ini.
Kesukarannya bukan disebabkan tiada pemain berkualiti, sebaliknya Yeu Siong menyifatkan kesemua 15 anak buahnya kini berada pada satu tahap yang sama.
Baginya, bukan mudah membuat keputusan menyingkirkan tiga pemain sebelum pemilihan terakhir Julai depan kerana mereka sememangnya cemerlang dalam merebut tempat untuk bersaing.
Bagaimanapun, Yeu Siong menggesa semua pemain agar tidak berputus asa meningkatkan prestasi, khususnya dalam Kejohanan Bola Tampar Bawah 23 Tahun di Iran, bulan depan.
"Saya fikir semua pemain bermain sepenuh hati. Mereka harus tingkatkan lagi usaha dan berlatih bersungguh-sungguh," katanya.
Sementara itu, kapten pasukan, Sim Jian Qin, tidak berasakan kedudukannya sudah selesa dalam skuad utama meskipun dia adalah pemain paling senior.
Jika disingkirkan sekalipun, Jian Qin percaya jurulatih lebih tahu menilai kemampuan pasukan dalam menamatkan kemarau pingat Sukan SEA selama 15 tahun.
"Saya tidak risau tentang pemilihan. Jurulatih akan buat yang terbaik dan pilih yang terbaik untuk pasukan. Kami harus lakukan yang terbaik dalam sesi latihan.
"Jurulatih boleh lihat siapa yang lebih baik dan siapa yang berprestasi baik sebelum memilih pemain," katanya.