Badang negara, Aznil Bidin, yang mengakhiri Kejohanan Angkat Berat Dunia di tempat kelima keseluruhan menyempurnakan hajatnya layak ke Program Road To Gold (RTG).
Aznil mengharumkan nama dengan menerusi kategori 65 kilogram, dengan angkatan 302 kilogram keseluruhan dalam saingan di Norway itu.
Ia menyaksikan Aznil melepasi had kelayakan untuk Program RTG yang bakal menjadikan dia atlet angkat berat kedua dalam program itu selepas Aniq Kasdan.
"Misi kejohanan kali ini ialah untuk masuk ke Program RTG dengan sasaran mencapai kemuncak prestasi ketika Sukan SEA Thailand, Disember depan.
"Dengan ketetapan ranking dunia dalam Program RTG, saya akan terus buat peningkatan untuk mencapai lima terbaik pada tahun depan.
Sementara itu, Aniq yang sekadar menghuni ranking ke-13 dalam kejohanan yang sama dengan angkatan keseluruhan 266 kilogram.
Jauh daripada rekod peribadinya iaitu 297kg, dia menjelaskan situasi otot bahunya yang terkoyak ketika beraksi di China.
Aniq mengharapkan keajaiban dalam dua bulan ini supaya sembuh sepenuhnya sebelum ke Sukan SEA 2025.
"Saya belum boleh kerah kudrat untuk mencapai prestasi sebenar.

"Catatan kejohanan ini adalah catatan saya dalam latihan.
"Saya masih menjalani fisioterapi.
"Saya kena tambah 20kg lagi untuk bersaing pingat emas dengan wakil Thailand dan Filipina.
"Saya hendak (berikan) 100 peratus dalam Sukan SEA," katanya pula.
Dapatkan sekarang

Bina Otot, Tambah Tenaga
Lengkapkan rutin harian anda dengan protein powder untuk sokongan otot & pemulihan lebih cepat.
Dapatkan sekarang