Ketua jurulatih Ragbi 7s negara, Nik Safuan Ismade, mengakui pasukannya berdepan cabaran masa dalam persiapan menuju ke temasya Sukan SEA Thailand 2025.
Tegasnya, skuad negara perlu memanfaatkan dua Kejohanan Siri Asia yang dijadualkan berlangsung di China September ini, serta Sri Lanka Oktober depan sebaik mungkin bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Pengendali kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu turut meletakkan sasaran untuk pasukannya mara ke pentas final di temasya dwitahunan berkenaan.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amir Amri Mohamad, memaklumkan pihaknya terbuka untuk membawa masuk pemain berstatus warisan bagi memperkuatkan skuad kebangsaan, terutamanya skuad bunga raya 15s.
Amir berkata usaha untuk mengenalpasti pemain warisan sudah pun dilakukan badan induk itu, namun ianya masih di peringkat awal.
Dia ditemui ketika majlis penyerahan penajaan daripada syarikat automotif terkenal kepada KRM berjumlah RM200,000 bagi persiapan skuad 7s lelaki dan wanita negara ke Sukan SEA 2025.