SUKAN LAIN
Sukan SEA: Tarikh majlis penutup kekal 31 Ogos
Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, mengesahkan belum ada sebarang pertukaran tarikh majlis penutup temasya dengan 31 Ogos dikekalkan seperti perancangan asal.
Kemungkinan majlis penutup diubah sehari lebih awal menjadi tanda tanya apabila Zolkples sendiri menegaskan tiada sebarang perubahan rasmi dibuat setakat ini.
"Penutupan Sukan SEA sekarang ini masih kekal dengan tarikh lama (31 Ogos), maka tiada isu awal sehari atau lambat sehari," katanya hari ini.
Iklan
Sebelum ini, Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, dipetik sebagai berkata upacara penutup bakal diubah sehari lebih awal bagi menghormati sambutan Aidiladha yang jatuh pada 1 September.
Dalam pada itu, Zolkples mahu memastikan penganjuran Sukan SEA bebas daripada sebarang pelanggaran tatacara, terutama membabitkan kewangan menerusi laporan audit yang bermula dari sekarang.
"Penglibatan audit dari sekarang," katanya." Ia perlu dilakukan dari mula supaya nanti apabila kami sediakan akaun, kami harap kami mematuhi semua peraturan yang ditetapkan."
Must-Watch Video