Jurulatih skuad hoki Singapura, K. Rajan, menghormati Malaysia sebagai wakil tunggal Asia Tenggara yang layak ke Piala Dunia 2018, sekali gus menetapkan sasaran realistik dalam Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Singapura -- pemenang pingat perak dua tahun lalu -- sedar taraf Malaysia terlalu tinggi dalam temasya dwi-tahunan itu.
Sekalipun mendapat sentuhan jurulatih kelahiran Malaysia, persiapan sejak tahun lalu masih tidak cukup untuk merampas emas milik skuad The Malaysian Hockey Tigers.
"Masalah kami adalah Thailand, Myanmar dan Indonesia, kami perlu mengatasi mereka untuk mara ke final bertemu Malaysia.
"Secara realistik, Malaysia berada di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding kami," katanya.
Penyerang Singapura, Siles Abdul Rahman, berkata: "Malaysia merupakan pasukan pilihan, mereka sebuah negara hoki yang hebat. Malaysia miliki pemain penyerang yang cukup pantas, jadi mereka sememangnya layak untuk beraksi dalam Piala Dunia 2018.
"Ini satu suntikan terbaik buat hoki Asia, terutama buat Malaysia."
Skuad hoki negara terlalu hebat di rantau ini apabila meraih emas dalam semua edisi Sukan SEA kecuali pada 1973.
Dalam aksi persahabatan di Stadium Hoki Kuala Lumpur hari ini, Singapura menang 6-3 ke atas bekas pemain negara.
Penyerang era 90-an, P. Praba, menjaringkan dua gol sementara Mohd Amin Rahim meledak gol ketiga untuk Malaysia.
"Malaysia sudah mara ke Piala Dunia, jadi kita antara 16 pasukan terbaik di dunia. Sudah tentu kita mahukan pingat emas ini, Malaysia adalah calon terbaik," kata bekas kapten skuad negara, Jiwa Mohan.