Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Taekwondo tekad akhiri kemarau emas sejak 2009

taekwondo-200417.jpg
Skuad taekwondo negara berikrar menamatkan penantian pingat emas sejak Sukan SEA 2009, malah, meletakkan sasaran memburu empat emas di Kuala Lumpur pada 19 hingga 30 Ogos depan. 

Keyakinan itu berdasarkan syarat setiap negara yang bertanding hanya boleh menghantar enam peserta, iaitu tiga lelaki dan tiga wanita bagi kategori kyorugi. 

Bagaimanapun, skuad negara selaku tuan rumah mempunyai kelebihan kerana dibenar menyenaraikan 11 peserta, iaitu lima lelaki dan enam wanita.

Tambahan pula, kejayaan meraih dua emas dalam Kejohanan pra-Sukan SEA di Perlis, bulan lalu, memberi petanda positif bahawa skuad taekwondo negara kini berada di landasan tepat. 

"Atlet kyorugi negara mampu menyumbangkan pingat dalam kategori lelaki. 

"Dalam kejohanan pra-Sukan SEA baru-baru ini, Rozaimi Rozali menyumbang emas dalam ketegori featherweight," kata penolong jurulatih taekwondo negara, Rusfredy Petrus. 

Skuad taekwondo akan berangkat ke Korea Selatan pada awal bulan depan sehingga 29 Julai untuk menjalani latihan serta menyertai beberapa pertandingan tempatan dan antarabangsa. 

Antara pertandingan yang akan disertai termasuklah Kejohanan Dunia, Terbuka Korea (Jun) serta Terbuka Jeonju (Julai). 

"Kami berpeluang untuk mengkaji pihak lawan dalam Kejohanan Dunia nanti.  

"Ia akan memberi kelebihan kepada kami untuk memantau atlet yang bakal menyertai Sukan SEA."
 

Advertisement

Must Watch Video