Atlet ekuestrian negara, Mohd Sulaiman Muda, optimis mampu mempertahankan emas dalam acara kuda lasak yang dimenangi dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar apabila beraksi dalam edisi Kuala Lumpur, Ogos depan.
Sulaiman adalah antara atlet harapan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) dalam temasya kali ini selepas cemerlang di Myanmar dengan meraih emas dalam saingan individu dan juga berpasukan.
Keyakinan Sulaiman adalah berlandaskan persiapan yang sudah dilakukan dan juga saingan kali ini menyaksikan setiap peserta menggunakan kuda sendiri.
Bagaimanapun, Sulaiman tetap waspada dengan cabaran negara lain, khususnya Thailand, yang disifatkan sebagai pencabar utama.
"Kami semua sudah bersedia dan persiapan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
"Kita memiliki kelebihan kerana bakal beraksi di laman sendiri selain menggunakan kuda sendiri," kata Sulaiman.
EAM akan menyenaraikan enam peserta terbaik dalam saingan kuda lasak untuk temasya kali ini yang akan ditentukan bulan depan.
Bagi Naib Presiden EAM, Mohammad Din Mat, persatuan itu hanya menyasarkan satu emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, sama ada daripada saingan kuda lasak atau show jumping.
"Kami menyasarkan dua pingat emas dalam acara ekuestrian, namun jika kutipan itu melebihi sasaran, itu adalah satu bonus," kata Din.
Sulaiman dan Mohammad Din ditemui selepas sidang media Piala Meydan hari ini.