Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad olahraga fokus kemuncak prestasi Ogos nanti

zaidatul-190417.jpg
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, enggan tergesa-gesa untuk terus mencatat rekod baru 100 meter kebangsaan dalam masa terdekat selain hanya ingin konsisten sehingga bermulanya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan. 

Zaidatul menyifatkan prestasi di Afrika Selatan masih lagi bukan di tahap sebenar, sebaliknya dia percaya mampu untuk melakukan lebih baik daripada itu. 

Selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan  milik bekas atlet negara, G. Shanti, dengan catatan 11.45 saat, ia tidak bererti usahanya terhenti setakat itu kerana fokus utamanya adalah Sukan SEA. 

Justeru, pelari berusia 24 tahun itu hanya ingin terus konsisten memperbaiki prestasinya dalam misi menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun dalam Sukan SEA bagi acara 100m.

"Sasaran sebenar kami adalah dalam Sukan SEA nanti. 

"Rakyat Malaysia mahu kami memberi tumpuan kepada pencapaian dalam Sukan SEA nanti. 

"Alhamdulillah, saya dapat mencapai catatan itu dalam masa yang singkat," katanya. 

Pulang dengan gelaran ratu pecut, Zaidatul kini dalam fasa ingin kembali membiasakan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia apabila diberi cuti selama dua hari. 

Zaidatul dan atlet olahraga yang lain selamat kembali ke negara, semalam, yang menyaksikan kepulangan mereka disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami cuba mengatasi perbezaan cuaca dan masa di sini berbanding di Afrika Selatan dengan segera kerana perkara itu mampu menjejaskan kami."

Advertisement

Must Watch Video