Pengendali skuad futsal wanita kebangsaan, Muizzuddin Haris, menuntut barisan pemainnya menjelmakan percaturan taktikal yang dirangka dalam dua aksi persahabatan di Ipoh.
Skuad negara akan diuji skuad Perak yang beraksi dalam Liga Futsal Wanita Kebangsaan dan barisan bawah-16 tahun (B-16) lelaki Perak pada esok dan lusa.
Bagi Muizzuddin, ia penting buat pemain mempraktikkan segala percaturan taktikal menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, dari 19 hingga 30 Ogos depan.
"Saya berharap pemain dapat menterjemahkan taktikal yang diterapkan dari segi serangan dan bertahan," katanya.
Dia juga sudah merangka latihan dan aksi persahabatan sama ada di Australia, Jepun atau Uzbekistan sebagai fasa persiapan akhir skuad negara sebelum mengharungi kempen Sukan SEA.
Dalam masa yang sama, tonggak negara, Norhawa Md Yassin, yakin mereka sudah bersedia menghadapi Sukan SEA.
"Setakat ini, semua pemain dapat mengikuti sesi latihan dengan baik dan taktikal baru.
"Dari segi fizikal dan mental, kami sudah bersedia untuk menghadapi Sukan SEA nanti.
"Tetapi untuk bergelar juara, kami perlu melepasi halangan Vietnam dan Thailand," ujarnya.