Atlet karate negara, Shaharudin Jamaludin, membuktikan dia semakin bersedia menghadapi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan selepas kejayaan menjuarai saingan kumite 67 kilogram dalam KejohananTerbuka Malaysia hari ini.
Shaharudin menewaskan peserta Pulau Pinang, Afiffuddin Mohd Arif, dalam saingan akhir.
Atlet berusia 29 tahun itu pernah meraih emas dalam saingan kumite dalam Sukan SEA Jakarta 2011 sebelum bersara selepas meraih gangsa dalam Sukan SEA Myanmar 2013.
Shaharudin, yang kembali beraksi di peringkat kompetitif tahun ini, mengakui dia masih perlu meningkatkan prestasinya selepas rehat selama empat tahun.
"Untuk bersaing dalam kejohanan seperti ini, saya perlu meningkatkan tahap kecergasan saya kerana saya kekurangan stamina. Kini saya menjalani latihan penuh untuk kembali berada di tahap terbaik," katanya.
Jurulatih Shaharudin, S. Mahendran, optimis anak buahnya itu berada di landasan tepat untuk mencari pingat emas bagi Malaysia dalam Sukan SEA nanti.
"Saya berpuas hati dengan prestasi Shaharudin, tetapi saya mahukan lebih lagi daripadanya. Dalam kejohanan akan datang, saya menjangkakan peningkatan daripadanya," kata Mahendran.