Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Sasaran pingat Malaysia masih perlu dikaji

090517khairy.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah memiliki sasaran rasmi pingat buat kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA bulan depan, namun masih enggan mendedahkannya kerana ia perlu dikaji dengan lebih mendalam.

Menurutnya, kajian masih perlu dijalankan untuk mengukuhkan peluang Malaysia muncul juara keseluruhan.

Semua 38 persatuan sukan kebangsaan sudah mengemukakan sasaran pingat mereka pada bulan lalu, malah Khairy sendiri sudah dimaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN).

"Thailand telah meletakkan sasaran 100 pingat emas, jadi kita menganggap itu sebagai satu cabaran. Saya sudah mengetahui sasaran setiap persatuan sukan kebangsaan."

Khairy berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran Digital @ KL2017 untuk aplikasi, saluran Youtube dan iklan TV Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 di MSN, hari ini.

"Saya harap melalui pelancaran ini, kemeriahan persiapan untuk KL2017 akan meningkat berkali ganda. Ada lagi pengumuman dan pelancaran yang akan kita lakukan selepas ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video