SUKAN SEA
Sukan SEA: Rakyat Malaysia diberi peluang pegang obor
Demam Sukan SEA bakal bertambah hangat dengan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 akan bermula pada 14 Mei ini di Johor Bahru sebelum berakhir pada 12 Ogos di ibu negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan pelbagai gimik bakal terdapat dalam larian obor kali ini, termasuk dibawa menaiki Gunung Kinabalu serta menyelam di Pulau Perhentian.
Jarak larian secara keseluruhan meliputi 14 negeri ialah 665.33 kilometer yang akan melibatkan 3,418 pembawa obor.
Iklan
"Ada setengah kawasan yang mana kita rasa ada nilai ikonik, kita akan bawa ke kawasan itu pada waktu malam.
"Setiap negeri kita sudah pilih satu kawasan atau aktiviti ikonik," kata Khairy.
Dalam masa sama, beliau mempelawa orang ramai yang berminat menyertai Larian Obor 2017 boleh memohon di laman web www.kualalumpur2017.com.my bermula esok.
Tambahnya, peluang menjadi pembawa obor turut akan dibuka secara rawak kepada orang awam selain atlet dan pemimpin masyarakat.
"Saya berharap kita dapat menggalakkan rakyat Malaysia kerana kami membuka peluang ini kepada semua," tambahnya.
Must-Watch Video