Skuad memanah compound negara di bawah kendalian Muhammad Zaki Mahazan sudah ada bayangan mengenai lapan pemanah yang akan menggalas cabaran negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Berdasarkan aksi dalam pusingan pertama Kejohanan Memanah Piala Asia di Bangkok dan Sirkit Kebangsaan, Zaki mengakui prestasi pemanah senior seperti Mohd. Juwaidi Mazuki dan Nurfatehah Mat Salleh masih di tahap terbaik.
Meskipun berpuas hati dengan peningkatan pemanah muda, dia melihat faktor pengalaman masih memihak kepada pemanah senior.
Zaki menjangka pencapaian dalam pusingan pertama Kejohanan Memanah Piala Dunia di Shanghai, China dari16 hingga 21 Mei depan menjadi platform terbaik sebelum memuktamadkan senarai akhir pemanah ke Sukan SEA 2017.
"Atlet senior seperti Juwaidi dan Nurfatehah mempunyai pengalaman yang lebih baik.
"Kalau berdasarkan pungutan mata antara atlet senior dan muda, mungkin nampak tidak jauh perbezaannya.
"Tetapi, kita boleh lihat perbezaannya semasa kejohanan, sama ada mereka boleh mengawal permainan atau tidak," katanya.
Bagi pemanah muda negara, Muhd. Ghazali Alang Arif Aqil, yang baru mencecah usia 19 tahun, menjangka peluangnya untuk diserap masuk adalah 50-50.
Namun, dia tetap berharap kejayaan muncul naib juara dalam Sirkit Kebangsaan baru-baru ini mampu memberi keyakinan buat dirinya untuk bersaing.
"Prestasi saya dalam Sirkit Kebangsaan memuaskan. Oleh itu, saya harap akan terpilih untuk mewakili negara dalam Sukan SEA.
"Malah, markah dalam sesi latihan juga akan diambil kira dalam proses pemilihan ke Sukan SEA nanti," ujar Ghazali.