Pertahanan skuad bola jaring negara, Siti Norfarhana Mustafa, melabelkan taktikal dan strategi yang dibawa oleh Tracie Robinson banyak membantu skuad negara tampil dengan kelainan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur.
Kelibat Robinson jarang bersama dengan skuad bola jaring negara, namun ia tidak sukar buat skuad negara untuk menyerap kelainan yang cuba ditampilkan Robinson.
Sebaliknya, Robinson dianggap sebagai penyebab utama Malaysia muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring peringkat Asia di Bangkok tahun lalu.
Penekanan Robinson membabitkan taktikal dan strategi permainan membuatkan Farhana yakin Sukan SEA Kuala Lumpur bakal menjadi kesinambungan terbaik selepas kecundang di tangan Singapura dalam aksi final yang cukup dramatik.
"Latihan bersama Robinson penuh dengan intensiti yang tinggi. Taktikal yang diperkenalkan beliau amat berbeza dan ia bakal menjadi kunci kejayaan kami," kata Norfarhana.
Sementara itu, Robinson turut memberi penekanan membabitkan fizikal pemain, justeru latihan bersama atlet lelaki banyak memberikan kelebihan.
Tegas Robinson, masih ada masa buat pemainnya membuktikan kemampuan sebelum pengumuman senarai akhir dibuat pada 30 Jun.
"Pemain-pemain Malaysia agak kecil dan saya telah cuba menekankan aspek fizikal dalam latihan untuk mempertingkatkan mutu permainan," kata Robinson.