Ekuin negara, Nabil Fikri Ismail, mahu memastikan kutipan pingat tanpa mengira warna buat negara dalam saingan Sukan SEA nanti ketika dia sendiri menyedari saingan daripada Indonesia, Thailand dan Singapura antara cabaran utama yang perlu dihadapi.
Pengumpulan mata menjelang kelayakan Sukan SEA semakin menarik buat ekuin negara yang memiliki hasrat besar menyumbang pingat dalam temasya Kuala Lumpur nanti.
Nabil mahu mengulangi kutipan emas dan perak bagi acara berpasukan dan individu di Singapura dua tahun lalu, malah yakin mampu meningkatkan lagi pencapaian mereka dengan kelebihan beraksi selaku tuan rumah nanti.
Atlet berusia 29 tahun itu cemerlang di kedudukan pertama dalam kelayakan Sukan SEA kali kelima hari ini.
"Saya berpendapat Malaysia mampu meraih pingat, skuad ekuestrian negara akan memberikan yang terbaik pada Ogos nanti," katanya.
Sementara itu, Daniel Chen terpaksa akur di kedudukan keempat selepas kudanya yang diberi nama Gaudi gagal beraksi di tahap terbaik.
Itu bagaimanapun tidak merisaukan Daniel yang menegaskan prestasinya masih konsisten sepanjang lima aksi kelayakan terdahulu.
"Kami memiliki beberapa bulan untuk membuat persiapan, kami akan cuba memastikan kuda tunggangan berada di tahap yang terbaik," ujar Daniel.