Atlet lompat jauh Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menyuarakan kebimbangannya mengenai ketiadaan tempat latihan sesuai tatkala dia dalam fasa penting untuk memastikan dapat beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Trek latihan yang sering digunakan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) kini dalam proses pengubahsuaian.
Sehubungan itu, Latif mengakui dia berhadapan kesukaran untuk menjalani latihan.
Ketika ini, atlet negara terpaksa menjalani latihan di padang latihan alternatif di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun menurut Latif, ia tidak cukup sempurna untuk mengadakan latihan penuh.
"(Situasi) ini sukar bagi saya dan jurulatih untuk mengadakan latihan selain perlu berulang alik ke UPM.
"Lagipun, UPM tidak ada kemudahan tempat untuk melompat. Jurulatih juga berdepan kesukaran utnuk mengatur sesi latihan," katanya.
Ketika ini, Latif merupakan pilihan terbaik untuk mengisi kuota ke Sukan SEA berdasarkan pencapaian semasanya biarpun dia merupakan atlet Para.
Dalam aksi Terbuka Perak baru-baru ini, Latif muncul juara menerusi lompatan sejauh 7.40 meter untuk mengatasi atlet kebangsaan, Luqman Hakim Ramlan.
"Untuk kejohanan pertama ni, ramai atlet yang tidak mencapai prestasi terbaik.
"Mungkin bulan ini mereka dapat mengatasi lompatan saya dengan lompatan sejauh 7.50 meter.
"Fokus utama saya ketika ini adalah untuk layak ke Sukan SEA."