Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Larian Baton di Hanoi bawa kelainan tersendiri

larian-baton-vietnam.jpg
Larian baton Sukan SEA 2017 di Hanoi, Vietnam, memilih kelainan apabila acara itu bakal menggunakan konsep larian dalam taman dengan mengelilingi Tasik Hoan Kiem. 

Sungguhpun siri Larian Baton keenam ini merupakan yang paling pendek berbanding lima negara terdahulu, ia masih tidak menjejaskan kemeriahan Larian Baton Sukan SEA 2017. 

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Haslina Abdul Hamid, penganjur menjanjikan kelancaran Larian Baton tanpa sebarang gangguan trafik dengan memilih kawasan tasik yang terkenal di Hanoi. 

Tambah menarik, Vietnam turut menampilkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 dari Sukan Menembak, Hoan Xuan Vinh, sebagai pelari pertama baton.

"Larian Baton di Hanoi ini melibatkan jarak paling pendek, iaitu 2.8 km, iaitu merupakan zon bebas kenderaan dengan melihat tiga peserta. 

"Iaitu melibatkan pemenang pingat emas Olimpik (Xuan Vinh) dan Paralimpik Rio (Le Van Cong -- atlet angkat berat).

"Jadi sudah tentu ia akan menarik orang ramai dan kami menjangkakan kehadiran seramai 5,000 peminat," katanya. 

Selain itu, Haslina berharap cuaca baik walaupun ramalan akan hujan esok. 


"Dengan cuaca yang baik, kami berharap ramai akan turun memberi sokongan, esok."

Advertisement

Must Watch Video