Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) apabila menerima Anugerah Keseluruhan Program Pembangunan Gray-Nicolls.
Program pembangunan yang teratur di seluruh negara sepanjang 2016 serta kejayaan menganjurkan beberapa kejohanan penting di samping peningkatan prestasi skuad kriket wanita negara menyaksikan MCA menerima anugerah tertinggi itu.
Kejayaan menerima anugerah itu juga diiringi hadiah wang tunai GBP5,000 (RM274.457) yang mampu membantu pembangunan kriket di Malaysia serta kemajuan sukan kriket di negara ini.
"Ia mencerminkan wawasan serta aksi di peringkat kelab dan negeri.
"Ini bukan sahaja mengenai Persatuan Kriket Malaysia tetapi adalah satu gabungan.
"Oleh itu, adalah mustahak untuk kami mengadakan objektif secara keseluruhan," ujar Presiden MCA, V. Mahinda.
Perkembangan itu sudah pastinya tonik terbaik buat skuad kriket negara yang dalam persiapan rapi menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada 19-31 Ogos depan.