Atlet memanah recurve negara, Khairul Anuar Mohamad, berwaspada dengan tahap prestasinya agar tidak terlepas tempat dalam pemilihan untuk ke Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos nanti.
Atlet kelahiran Kemaman itu juga dalam misi untuk memperbaiki ranking dunia dan menantikan satu lagi persembahan mantap menjelang Kejohanan Piala Dunia di Shanghai, pertengahan bulan depan.
Kesemua atlet memanah negara yang berada dalam fasa kedua program Kita Juara semakin bersedia untuk memburu tempat mewakili negara dalam temasya dwi-tahunan itu.
Ini kerana proses pemilihan mungkin dilakukan secara mengejut oleh barisan kejurulatihan tanpa mengira catatan semasa pertandingan ataupun ketika sesi latihan.
Lantaran itu, Khairul Anuar sedang berusaha untuk memperbaiki kualiti panahan supaya sentiasa kekal konsisten.
"Setakat ini, saya masih ada kekurangan lagi dari segi skil dan panahan," katanya.
"Dalam Sukan SEA macam yang kita maklum, kita berdepan saingan hebat daripada Thailand dan Indonesia.
"Singapura dan Vietnam pula mempunyai atlet memanah bertaraf dunia dalam acara tertentu.
"Untuk acara berpasukan, Thailand dan Indonesia adalah cabaran kita."
Kejohanan Piala Asia Peringkat 2 di Bangkok, Thailand, hujung bulan lalu menjadi pertandingan pertama buat Khairul Anuar pada tahun ini.
Dia mempamerkan persembahan yang tidak mengecewakan apabila mara sehingga ke final acara recurve individu lelaki, namun tumpas kepada pemanah Taiwan, Deng Yu-Cheng, 6-2.
"Di Korea, saya hanya memberi fokus kepada panahan sendiri.
"Cakap-cakap orang mengenai ranking dunia saya yang jatuh teruk berlegar dalam fikiran.
"Oleh itu, pada tahun ini, saya menyasarkan untuk memperbaiki semula ranking dunia."