Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menyandarkan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada keberkesanan Program Kita Juara.
Majlis Sukan Negara (MSN) melancarkan Program Persediaan Atlet ke arah Sukan SEA 2017 yang merangkumi tiga fasa yang dinamakan ‘Kita Juara 2017’ yang bermula pada bulan September 2015 sehingga bermulanya temasya itu pada 19 Ogos lalu.
Program itu telah dilaksanakan bagi mengulangi kejayaan Kuala Lumpur 2001 di mana Malaysia berjaya sebagai tuan rumah, sekaligus muncul juara keseluruhan selepas memungut 111 pingat emas ketika itu.
16 tahun kemudian, Malaysia mengulangi kejayaan tersebut dengan meraih 145 pingat emas dan Shapawi mengetengahkan bahawa ia adalah hasil persiapan rapi atlet serta Program Kita Juara yang membuahkan hasil.
"Sudah menjadi satu kebiasaan di MSN mewujudkan jawatankuasa kerja bersama dengan persatuan sukan kebangsaan dan itu adalah satu rutin setiap dua tahun. Walaupun dua tahun, tetapi ia kesinambungan daripada program sebelum ini," kata Shapawi.
"Melalui jawatankuasa bersama ini kami mewujudkan jawatankuasa program, program ini menggabungkan jurulatih, sains sukan dan pegawai kita dan mereka inilah pelaksananya.
"Ini merupakan satu ramuan yang telah dihasilkan sejak dahulu dan program Kita Juara bermula daripada situ.
"Program itu memberi impak begitu besar. Impak yang paling berkesan adalah menggabungkan atlet junior dan senior.
"Untuk rekod 30.9 peratus atlet berada di bawah umur 21 tahun yang terlibat dalam Sukan SEA kali ini dan 445 atlet membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA.
"Hampir kesemua sukan mempamerkan prestasi yang baik walaupun tiada pingat daripada beberapa acara yang telah dipertandingkan tetapi kita berjaya mempamerkan persembahan yang lebih baik tahun-tahun terdahulu. Inilah impak yang kami mahu lihat dalam program Kita Juara."