Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Kedudukan Fatin Shahida belum terjamin

290417shahidaazmi.jpg
Pemain futsal wanita negara, Fatin Shahida Azmi, mengakui kedudukannya dalam skuad negara belum terjamin meskipun memiliki reputasi besar sebagai tonggak utama pasukan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Fatin merupakan antara pemain senior bagi pemilihan skuad futsal wanita ke Sukan SEA Kuala Lumpur.

Mula mewakili negara sejak 2011, pemain berusia 26 tahun ini adalah antara tonggak skuad negara ketika meraih gangsa dalam Sukan SEA Myanmar 2013.

Malah, Fatin juga cemerlang membantu skuad negara menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015.

Dijangka sekali lagi menjadi taruhan utama, Fatin bagaimanapun mengakui perlu berusaha keras untuk dipilih ke skuad akhir 14 pemain kali ini.

"Setiap pemain sedang bersaing untuk mendapatkan slot 14 pemain untuk beraksi dalam Sukan SEA. Bagaimanapun, saya tetap memberikan yang terbaik untuk terpilih," katanya.

Sementara itu, jurulatih futsal wanita, Muizzuddin Haris, menegaskan tiga fasa akhir kem latihan akan menjadi medan penilaian terakhir untuk memuktamadkan senarai pemain ke Sukan SEA nanti.

"Kami memiliki tiga fasa lagi untuk meneruskan penilaian terhadap kebolehan pemain-pemain sebelum saya membuat keputusan memilih 14 pemain untuk beraksi pada Ogos nanti," jelas Muizzuddin.
 

Advertisement

Must Watch Video