Atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor, tidak akan menyertai mana-mana kejohanan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan, selepas beraksi dalam saingan Terbuka Australia bulan lalu.
Atlet kelahiran Terengganu ini meraih dua emas dalam kategori 69 kilogram dalam Terbuka Australia yang berlangsung di Melbourne.
Setakat ini, Hafifi yang juga merupakan harapan emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, berpuas hati dengan persiapannya yang turut merangkumi latihan di China sebelum ini.
"Saya telah berbincang dengan jurulatih dari tahun lepas untuk hanya beraksi dalam satu kejohanan sebelum ke Sukan SEA.
"Saya mahu memberikan yang terbaik kerana selepas itu, saya perlu memberikan tumpuan bagi kelayakan ke Sukan Komanwel," katanya.
Hafifi turut menyuarakan keserasian berlatih di bawah kendalian Wang Zhi Quan kini .
Dalam pada itu, seorang lagi atlet angkat berat ke Sukan SEA, Muhammad Azroy Hazalwafie, turut berpuas hati dengan persiapan menghadapi temasya itu.
Azroy turut menyumbang dua emas dalam Terbuka Australia dalam kategori 56 kilogram.
Namun, Azroy yang bakal membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA menyedari kesukaran yang bakal dihadapi dan hanya meletakkan sasaran meraih pingat di Kuala Lumpur.
"Saingan sangat sengit dalam Sukan SEA, kami perlu berdepan atlet-atlet yang telah beraksi dalam Sukan Olimpik," ujarnya.