Atlet renang lelaki negara, Wong Fu Kang, menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya bagi acara 100 meter kuak dada dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia, 4 Mei depan.
Fu Kang memecahkan rekod kebangsaan dalam Sukan SEA 2015 di Singapura dengan catatan masa 1 minit 2.46 saat untuk merangkul pingat emas.
Dua tahun berlalu, perenang berusia 18 tahun itu masih belum berjaya memperbaharuinya dalam mana-mana kejohanan sehingga kini dan sekadar mencatat 1 minit 2.73 saat dalam saingan peringkat umur di Singapura, bulan lalu.
Baginya, meraih pingat emas dan melakukan rekod kebangsaan adalah perkara berbeza untuk setiap perenang dan Fu Kang sendiri mementingkan dua aspek itu setiap kali menyertai mana-mana kejohanan.
"Saya mahu mencapai rekod peribadi terbaik dan meraih pingat emas," katanya. "Kerana itu jangkaan terhadap saya, dan saya akan cuba yang terbaik untuk mempertahankan gelaran."
Bagaimanapun, Sukan SEA 19-31 Ogos ini, memberi sedikit keyakinan kepadanya apatah lagi beraksi di laman sendiri, selain kemahuan tinggi untuk mempertahankan pingat emas bukan sahaja bagi acara 100 meter, malah bagi acara 50 meter.
"Dengan penyokong di laman sendiri ia memberikan saya lebih rangsangan, keyakinan dan motivasi untuk beraksi lebih baik dan memberikan 150 peratus dalam perlumbaan. Sudah tentu ia akan membantu saya," katanya.