Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberi penghormatan kepada pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang, untuk menjadi atlet pertama menguji velodrom di Nilai sebelum ia digunakan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan.
Penghormatan itu diberi buat Azizulhasni di atas kejayaannya muncul juara dunia keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong, 12-16 April lalu.
Tambah Khairy, trek velodrom di Nilai sudah pun siap dan ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) dalam masa terdekat ini.
"Velodrom akan diserahkan kepada MASOC pada hujung bulan ini, Azizul akan menjadi atlet pertama untuk menguji venue ini," katanya.
Dalam pada itu, Khairy menyasarkan dua lagi penaja daripada sektor korporat bagi mencapai sasaran tajaan wang tunai berjumlah RM80 juta.
"Segala-galanya berjalan dengan lancar, kami perlu berusaha untuk mendapatkan dua lagi penajaan sebelum temasya ini bermula."