Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Alex ingin terus curah bakti bersama skuad boling

alex-liew-270417.jpg
Atlet boling lelaki senior negara, Alex Liew, gusar dengan peluangnya untuk disenaraikan dalam Sukan Kuala Lumpur selepas kurang konsisten dalam beberapa kejohanan luar negara. 

Mula membuat kemunculan dalam temasya dwi-tahunan itu pada 2001, nama Alex Liew tidak perlu diperkenalkan lagi dalam sukan boling tanah air. 

Sudah mencecah usia 41 tahun, dia tidak pernah terlepas memenangi pingat dalam Sukan SEA kecuali di Laos 2009 dan Myanmar 2013 berikutan acara boling tidak dipertandingkan. 

Namun, semua pengalaman itu bukan jaminan dia akan berada dalam senarai enam atlet lelaki ke Sukan SEA tatkala prestasi muktahir ini menjadi penilaian. 

"Saya perlu membuktikan kemampuan ekoran faktor usia saya. 

"Saya sudah berusia 41 tahun, situasi menjadi agak sukar kerana berdasarkan faktor sekarang, saya mudah ditimpa kecederaan," katanya. 

Justeru, Alex mahu menjadikan Kejohanan Boling Kebangsaan Ke-41 nanti sebagai sasaran utama dengan mampu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir. 

Selain itu, dia juga akan menyertai Kejohanan Terbuka Antarabangsa Singapura Ke-49 dan Jelajah Persekutuan Boling Asia (ABF) di Macau, Jun depan. 

"Ini merupakan fasa penting buat lapan atlet lelaki yang perlu merebut enam slot sahaja. 

"Kejohanan-kejohanan ini amat penting buat saya kerana prestasi saya pada awal tahun ini tidak begitu bagus."



 

Advertisement

Must Watch Video