Pemain negara, Mohd Uzair Zubli, menyokong tindakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang menggugurkan bola baling daripada Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan kerana ia dapat memberi peluang persatuan itu untuk fokus terhadap program pembangunan akar umbi.
Tiada sebarang bantahan daripada pemain negara selepas Malaysia tidak akan menyertai bola baling dalam temasya Sukan SEA 2019.
Selain bola baling, Malaysia juga tidak akan menyertai kurash, sambo, arnis dan gusti.
Sehubungan itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) patut menggunakan peluang ini untuk memperbaiki sistem asas di peringkat akar umbi.
"Kami bersikap terbuka dengan tindakan MOM dan MAHF akan melaksanakan aspek pembangunan akar umbi.
"MAHF akan memperkenalkan langkah penstrukturan yang lebih menjurus kepada kelab," kata Uzair.
Sukan SEA Filipina menyaksikan hanya acara bola baling pantai dipertandingkan.
Namun, penyertaan Malaysia mengundang kebimbangan selepas menjadi mangsa belasahan dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu.