Setiausaha Komite Olimpiade Indonesia (KOI), Hellen Sarita De Lima, memberi jaminan bahawa Sukan Asia 2018 sudah 90 peratus bersedia, dengan venue setiap sukan pun sudah diuji sepenuhnya dalam pra-Sukan Asia 2018, pertengahan bulan lalu.
Menurut Hellen, kebanyakkan venue sudah diuji sepenuhnya dan KOI yakin tidak akan timbul sebarang isu mengenai kemudahan sama ada di Jakarta mahupun Palembang.
Pra-Sukan Asia dari 11 hingga 14 Februari lalu yang mengetengahkan sembilan jenis sukan, menjadi penilaian terbaik terhadap sebarang kelemahan yang timbul sebelum temasya sebenar bermula.
"Kami mendapat maklum balas yang baik daripada peserta mengenai kemudahan (venue).
"Selain itu, ia melibatkan pengangkutan dan saya fikir semuanya baik buat masa ini.
"Oleh itu, kami bersedia untuk menganjurkan Sukan Asia 2018," ujarnya.
Acara larian rasmi Sukan Asia Ke-18 Jakarta-Palembang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bermula jam 7 pagi esok.
Menurut koordinator Majlis Olimpik Asia, Wissam Trkmani, Malaysia merupakan destinasi kelapan selepas Sri Lanka.
"Kami mengunjungi banyak negara, termasuk Pakistan, Bangladesh, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Sri Lanka, Lubnan dan hari ini kami di sini dan berharapkan ia diadakan dengan jayanya," kata Wissam.