Seorang ahli dewan perbandaran penggal ketiga di Nagoya, Jepun, secara senyap-senyap mendaftarkan 26 penduduk kota itu sebagai sukarelawan untuk Sukan Asia Ke-20 tahun depan tanpa kebenaran mereka.
Naib Speaker Dewan Undangan Negeri Nagoya, Shinsuke Uezono, 49, kemudian tampil memohon maaf kerana mendaftarkan rakyat sebagai sukarelawan untuk temasya Aichi-Nagoya 2026 itu selepas bergelut untuk memenuhi kuota sebanyak 30 setiap ahli.
Dia tunduk memohon maaf dan menjelaskan puncanya kerana dia rasa tidak sabar selepas hanya mampu mendaftarkan empat orang termasuk diri sendiri dan empat ahli keluarganya. Malah, dia turut bimbang pendaftaran palsu itu akan terbongkar.
Kerajaan Perbandaran Nagoya memulakan siasatan dan menghidu pendaftaran tanpa kebenaran itu selepas persialan mulai timbul pertengahan bulan lalu dengan 'mangsa' melaporkan:, "Saya menerima e-mel yang mengatakan pendaftaran yang saya tidak ingat telah diisi."
Uezono menyatakan bahawa dia menggunakan nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon yang tertera di kad perniagaan 26 penduduk yang pernah berurusan dengannya tanpa persetujuan mereka.