SUKAN LAIN

Sukan Asia Hangzhou: Sukan gambaran tamadun sesebuah negara -- CDM

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
11/10/2023
14:56 MYT
Sponsor Banner
Sukan Asia Hangzhou: Sukan gambaran tamadun sesebuah negara -- CDM
Ketua kontinjen negara (CDM) ke Sukan Asia Hangzhou, Datuk Dr Chong Kim Fatt, percaya satu landskap baru dalam sukan di Malaysia perlu diperkenalkan bagi menyemarakkan lagi aktiviti dalam masyarakat, seterusnya mampu membuka mata dunia.
Walaupun kontinjen negara melepasi sasaran 27 pingat yang ditetapkan, Kim Fatt merangkap presiden Persekutuan Wusyu Malaysia dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sukan Malaysia memerlukan nafas baru.
Justeru, antara langkah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah pimpinan Hannah Yeoh ialah mengusulkan pemotongan cukai menjelang pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat ini.
"Selepas COVID-19, kita perlukan reformasi untuk sukan, tidak boleh lagi guna dengan strategi terdahulu.
"Malaysia adalah nombor satu daripada ratio pingat Sukan Asia. Jadi Hannah bangkitkan perkara ini dalam parlimen.
"Kita perlukan bajet bukan untuk kembangkan sesuatu permainan atau golongan belia tetapi kekuatan, kemajuan sesuatu bidang sukan akan membayangkan tamadun sesebuah negara," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Beliau turut memuji keberanian Majlis Sukan Negara (MSN) mengetengahkan ramai bakat muda.
"Sebelum bertolak ke Hangzhou, kita dapat berita sedih bahawa Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat bersama kontinjen negara. Ia mempengaruhi sasaran kami tetapi saya dapati atlet muda cukup bersemangat.
"Saya tekankan bahawa kalau tidak cuba maka kita tidak akan tahu.
"Emas hanyalah simbolik sahaja tapi pingat adalah penting untuk kontinjen dan untuk atlet, ia dianggap sama taraf.
"Kami berikan pentas untuk atlet mendapatkan pingat untuk diri sendiri, keluarga dan negara," katanya.
Dalam masa sama, Kim Fatt berpuas hati dengan komitmen atlet terutama yang peserta muda yang tidak mudah mengalah dengan segala rintangan.
"Saya mendapati pegawai dan atlet bersemangat berada dalam situasi politik dan tidak sabar untuk sampai ke Hangzhou bertanding.
"Selepas pengumuman 27 pingat, saya ada keyakinan sebelum kami bertolak ke Hangzhou.
"Ada dua kejutan terutama ekuestrian. Saya sampai dua hari awal kerana mahu membantu menyelesaikan masalah-masalah sekiranya timbul di Hangzhou.
"Saya dapati kudanya sampai dua hari lebih awal dan keadaannya tidak gembira. Kuda ini adalah harapan emas jadi setiap hari semua pegawai termasuk daripada ISN (Institut Sukan Negara) membantu walaupun kami tiada doktor kuda (haiwan).
"Akhirnya kuda ini memenangi emas, kami gembira kerana kerja yang dilakukan tidak sia-sia.
"Lagi satu adalah e-sukan yang kali pertama dipertandingkan.
"Ia satu pertandingan yang hangat, stadium pun penuh walaupun harga tiketnya mahal. Ia satu kejayaan yang menarik dan memuaskan. Ia membakar semangat atlet," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video