Skip to main content

Bola Sepak

Sam Somerville kini ejen bebas, buka lembaran baharu karier

Sam Somerville kini ejen bebas, buka lembaran baharu karier

Selepas empat musim bersama The Red Giants, penjaga gol berpengalaman, Sam Somerville, mengesahkan dirinya kini menjadi ejen bebas, bersedia membuka lembaran baharu dalam kariernya.

Dalam perkongsian bersama Zulhelmi Zainal Azam, Somerville mengesahkan dia tidak menerima tawaran kontrak baharu daripada The Red Giants, malah tiada tawaran diterima daripada Melaka, kelab yang menjadi medan kebangkitannya secara pinjaman pada musim lalu.

Karier Somerville melalui fasa sukar selepas aksi kurang meyakinkan ketika final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim pada 2024, menyebabkan dia hilang dari radar selama beberapa bulan.

Misteri itu terjawab apabila dia kembali beraksi bersama Selangor Dua dalam saingan Liga A1.

Pada pertengahan musim lalu, Somerville berhijrah ke Melaka secara pinjaman, dan berjaya menghidupkan semula kariernya melalui minit permainan yang konsisten.

Prestasi cemerlangnya turut membantu Skuad Hang Tuah memperbaiki kedudukan dalam liga, sekaligus meletakkan namanya kembali dalam kancah Liga Malaysia.

Kini, masa depan Somerville menjadi tumpuan, dengan kelab seperti Sabah, DPMM, atau Imigresen dilihat sebagai destinasi terbaik bagi penjaga gol warisan negara ini untuk meneruskan kariernya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video