Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Skuad e-sukan kurang pendedahan

wong-kang-woon.jpg
Menuju 100 hari ke Sukan Asia Hangzhou September depan, skuad e-sukan negara berdepan kesukaran untuk menghimpunkan barisan pemain terbaik bagi mencabar kilauan pingat emas seperti yang disasarkan.

Keluhan itu dibuat oleh pengurus pasukan e-sukan negara, Wong Kang Woon, atas beberapa faktor; antaranya, pertindihan Kejohanan Dunia bagi permainan Dota Two selain sukar untuk membuktikan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa mereka berada dalam kelompok lapan terbaik benua Asia.

Sedar kriteria ketat yang dikemukakan MOM harus dibuktikan dengan prestasi semasa. Lantas, jawatankuasa panel pemilihan khas e-sukan ke Sukan Asia mencapai kata sepakat untuk menyertai Kejohanan Pra-Sukan Asia di Macau.

Hasil keputusan kejohanan itu akan menjadi kayu pengukur untuk menerima lampu hijau daripada MOM bagi menghantar pasukan ke Hangzhou dan menyertai enam kategori utama yang menawarkan emas.

"Ketika ini tidak banyak kejohanan untuk menaikkan ranking rantau ni memandangkan kebanyakan pemain e-sukan ini beraksi dalam liga profesional. 

"Permainan Street Fighters V dan FIFA pula, tiada kejohanan dianjurkan di Asia selama dua tahun ini. 

"Dalam tiga permainan yang disasarkan, kami yakin dengan dua daripadanya.

"Kami jangkakan mampu menghadirkan keputusan yang baik sebab skuad Arena of Valor kami di peringkat atas malah di peringkat dunia. 

"Satu lagi adalah Street Fighters V," katanya. 

Sukan Asia menawarkan lapan kategori iaitu Arena of Valor (versi Sukan Asia), Dota 2, Dream Three Kingdoms 2, FIFA (oleh EA Sports), Hearthstone, League of Legends, PUBG Mobile (versi Sukan Asia) dan Street Fighter V.

 

Advertisement

Must Watch Video