Jaguh pelayaran negara, Khairulnizam Afendy, bertekad bangkit memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 biarpun terlepas tiket itu menerusi Sukan Asia Hangzhou.
Pemenang dua pingat perak Sukan Asia itu menduduki tempat kelapan dalam acara ILCA 7, sekali gus pulang tanpa sebarang pingat buat pertama kali sejak temasya Incheon 2014.
"Memang kecewa tapi ikutkan sesudah 16 tahun dalam sukan ini, saya mendapat dua pingat perak, tiada apa yang mahu dikecewakan, saya tetap bangga. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya.
"Kelayakan Sukan Olimpik masih panjang menerusi slot Kejohanan Asia (Disember), Kejohanan Dunia (Januari) dan peluang terakhir dalam Regatta di Perancis pada Mac 2024.
"Walaupun kejohanan ini teruk, tidak semestinya akan datang terus teruk. Saya tidak akan berputus asa.
"Ini memang menjadi minat, kalau tidak mana mungkin dapat bertahan dan menghabiskan masa selama 20 tahun dalam pasukan kebangsaan.
"Untuk setahun lagi, saya rasa boleh buat," katanya di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan.