BERBASIKAL
Sukan Asia Hangzhou: John Beasley gusar ruang rehat terhad skuad berbasikal trek
Menuju 40 hari sebelum saingan pembukaan acara berbasikal trek dalam Sukan Asia Hangzhou 2022, ketua jurulatih negara, John Beasley, meluahkan kekecewaannya yang terhadap persiapan kem negara melibatkan aspek logistik.
Perkongsian itu dibuat kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di samping berkongsi cabaran utama di Velodrom Kompleks Sukan Chun'an Jieshou sebelum boleh memikirkan soal kilauan pingat emas yang digalas Datuk Azizulhasni Awang.
"Ini adalah kejohanan kedua paling sukar selepas Sukan Olimpik. Dia hanya mula berlumba semula pada November tahun lalu.
Iklan
"Tetapi program Kejohanan Dunia kali ini adalah yang paling teruk pernah diadakan. Tidak banyak ruang di antara setiap pusingan, ia bukan sesuatu yang ideal tapi ini kali pertama UCI menganjurkannya serentak dengan badan induk atlet para, namun ia bukan langkah yang bagus.
"Kami tidak diberikan maklumat penuh jadi kami akan bertolak pada 23 September selain menempuhi satu perjalanan yang sukar selama 6 jam setengah untuk ke Hangzhou.
"Sebaik kami tiba di lapangan terbang, kami perlu mengharungi perjalanan sejauh 200km.
"Jadi dengan segala proses akreditasi buat sekian kalinya, kami dijangka tiba jam 3 pagi, 24 September.
"Saya harap ada pilihan yang masuk akal. Kalau anda mengharapkan pingat daripada atlet, maka bantulah kami.
"Anda tidak boleh mengharapkan atlet dalam prestasi terbaik selepas terbabit dengan perjalanan panjang.
"Saya cuma mahukan anak buah saya bertolak 5-6 hari menjelang acara mereka agar mereka mempunyai ruang rehat selepas perjalanan panjang, mungkin dua hari untuk berehat dan berlatih, seterusnya kami sudah bersedia untuk berjuang," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video