Skip to main content

Sukan Lain

Sonia, Mimi Syazwani belum puas hati

sonia-casandra.jpg
Atlet angkat berat remaja negara, Sonia Cassendra Masne dan Mimi Syazwani Zainal Abidin, mengakui pesembahan mereka masih perlu diperbaiki meskipun masing-masing merangkul tiga pingat emas dalam Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa Indonesia di Semarang yang berakhir semalam.

Sonia, yang mewakili negara dalam kategori 87 kilogram, menghadirkan kejutan menerusi angkatan seberat 91 kilogram dalam acara snatch dan 126 kilogram dalam acara clean and jerk untuk mencatatkan jumlah angkatan keseluruhan 217 kilogram.

Pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Perak tahun lalu itu bertekad untuk menggandakan usahanya bagi terus membutir pingat emas buat negara dalam kejohanan yang akan datang.

"Saya rasa bangga sebab ini kejohanan pertama saya.

"Mula-mula memang rasa gugup sebab ia kejohanan antarabangsa pertama saya.

"Jadi, saya rasa gembiralah bila dapat tiga emas," katanya.

Dalam pada itu, Mimi Syazwani, yang menyertai kategori 76 kilogram, turut menyumbangkan pingat emas menerusi angkatan 82 kilogram dalam acara snatch, 107 kilogram dalam clean and jerk dan jumlah angkatan keseluruhan 189 kilogram.

"Syukur Alhamdulillah, dapat bawa pulang pingat emas untuk Malaysia.

"Ini kejohanan pertama saya mewakili Malaysia.

"Dapat lakukan persembahan baik sebab kami berlatih bersungguh-sungguh di bawah jurulatih.

"Jadi, dapat nampaklah apa hasil yang jurulatih beri kepada kami," katanya.

Advertisement

Must Watch Video