Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Terbuka Malaysia: Aira cipta kejutan terbesar

aira-azman.jpg
Perseorangan muda negara, Aira Azman, melakar kejutan terbesar dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia apabila mengetepikan pilihan kelima kejohanan, Lee Ya Ki, di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, untuk mara ke suku akhir hari ini.

Aira tewas 13-15 kepada wakil Hong Kong itu dalam set pertama sebelum bangkit memenangi baki saingan 11-9, 11-9, 11-9. 

Adik kepada jaguh remaja negara, Aifa, itu tidak menyangka dia mampu mengejutkan pilihan kelima berkenaan.

"Saya gembira sebab dapat menewaskannya kerana dia adalah pilihan kelima.

"Saya telah melakukan yang terbaik ketika menentangnya seperti yang saya rancangkan sebelum perlawanan.

"Saya tidak jangka dapat menewaskannya kerana dia sememangnya pemain yang hebat," katanya. 

Sementara itu, perseorangan lelaki negara merangkap pilihan keempat kejohanan, Ng Eain Yow, menepati ramalan  dengan menyingkirkan pemain Hong Kong, Henry Leung, dengan kemenangan 11-2, 11-5, 11-2. 

"Saya rasa lega selepas menang straight set sebab sebelum ini, saya tewas 3-2 kepadanya.

"Saya agak gugup ketika perlawanan tetapi nasib baik saya dapat fokus sepenuhnya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video