Skip to main content

Sukan Lain

SKUASY - Sivasangari balas dedam kepada Nour Al Tayeb

sivasangari.jpg
Ratu skuasy negara, S Sivasangari berjaya menebus kekalahan kepada Nour Al Tayeb di separuh akhir kejohanan skuasy Piala Malaysia minggu lalu dengan menyingkirkan pilihan pertama dari Mesir itu di pusingan kedua Terbuka Singapura pada Khamis.

Dalam pertarungan sengit 53 minit itu, Sivasangari menang dalam empat set untuk atur pertemuan suku akhir menentang pilihan kelapan Sarah-Jane Perry dari England.

Menang set pertama 11-6, set kedua berlangsung sengit sebelum Sivasangari menang dalam dius 12-10.

Nour Al Tayeb bangkit di set ketiga dengan menang 11-8 bagi membawa ke set keempat.

Dalam perlawanan ini sekali lagi berlangsung sengit hingga kedudukan terikat 10 sama sebelum Sivasangari mengutip dua mata akhir untuk kemenangan mutlak 12-10.

 

Advertisement

Must Watch Video