GOLD COAST 2018
Skuasy: Aifa gagal ke suku akhir
Pemain skuasy negara, Aifa Azman, gagal mara ke suku akhir selepas tewas 3-1 kepada pencabar dari Wales, Tesni Evans, dalam pusingan 16 acara perseorangan wanita Sukan Komanwel di Studio Oxenford, Gold Coast, hari ini.
Dalam aksi sengit berdepan pemain ke-12 dunia itu, Aifa mengakui corak permainannya perlahan, terutama dalam set kedua, sekalipun bermula baik. Dia tewas 11-7, 11-1, 6-11, 11-8 dalam tempoh 34 minit.
"Dalam set pertama, saya bermain agak agresif tetapi dalam set kedua, memang perlahan.
Iklan
"Dalam set ketiga pula, saya tidak jangka boleh menang tetapi saya berjaya memenangi perlawanan itu. Saya sangat gembira dengan persembahan saya," katanya.
Sekalipun gagal untuk meneruskan kemaraan, pemain berusia 16 tahun dari Kedah itu cukup teruja dengan pengalamannya beraksi menentang pemain ternama dunia.
"Saya bermain dengan pemain kelompok 16 dunia. Cara permainan, kemahiran pukulan semuanya berbeza dengan junior. Ia pengalaman berguna untuk saya," katanya lagi.
Must-Watch Video