Ketua jurulatih skuad bola tampar negara, Tey Yeu Siong, menganggap Kejohanan Kebangsaan yang bermula pada 20 April ini sebagai aksi pemanas badan sebelum ke Kejohanan Antarabangsa Iran Bawah 23 Tahun (B-23), bulan depan.
Skuad negara diundi dalam Kumpulan B di samping pasukan Industrial Concrete Products (ICP), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kejohanan yang menampilkan tujuh pasukan daripada kelab tempatan dan sebuah pasukan kebangsaan itu menjadi sebahagian daripada persiapan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Bagaimanapun, Yeu Siong mengelak untuk meletakkan sasaran terlalu tinggi untuk kejohanan ini, sebaliknya mahu anak buahnya lebih bersedia berdepan Kejohanan Antarabangsa Iran B-23.
"Kali ini, kejohanan yang akan kami hadapi agak berbeza.
"Sebelum ini, kami menjemput pasukan kebangsaan, dengan Taiwan, Thailand dan Indonesia menghantar skuad utama mereka.
"Tetapi dalam edisi kali ini, kami hanya menjemput pemain di kelas tinggi di mana mereka yang akan memperkuatkan pasukan kelab yang disertai pemain berpengalaman dan pemain import," katanya.
Bagi kapten pasukan, Sim Jian Qin, dia dan rakan sepasukan lebih mementingkan stamina dan tahap kecergasan untuk menghadapi Kejohanan Kebangsaan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
"Jurulatih telah berbincang dengan jurulatih gimnasium agar kami tidak perlu mencapai kemuncak prestasi dalam kejohanan ini.
"Sebaliknya, kami perlu memberikan persembahan terbaik di Iran kerana ia merupakan pertandingan tahap Asia," kata Jian Qin.
Antara pasukan lain yang akan memberi saingan dalam Kejohanan Kebangsaan ialah Ban Hoe Leong, Universiti Putra Malaysia (UPM), Kelab Bola Tampar (VC) United dan Segamat VC.