Malang menimpa skuad berbasikal lebuhraya para negara di bawah kendalian Johari Nayan apabila terbabit dalam kemalangan semasa menjalani latihan pagi tadi.
Mereka sedang menjalani latihan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) dan antara yang terlibat dengan insiden itu adalah Mohd Nor Rizuan Zainal, Khairul Hazwan Wahab, Muhammad Nur Syafiq Suhaimy dan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali.
Dua jurumudi dilaporkan mengalami kecederaan serius setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan, namun keadaan mereka stabil sementara Johari turut mengalami kecederaan ringan.
Kesemua dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
"Kelima-lima atlet dan jurulatih yang terlibat dalam kemalangan itu kini sedang menerima rawatan dan mereka akan menjalani proses imbasan bagi mengenal pasti kebarangkalian mengalami kecederaan dalaman.
"Dua pilot rider (Syafiq dan Khairul Nizam) berkemungkinan mengalami patah atau retak tulang, namun ia masih belum pasti manakala jurulatih (Johari) menerima sedikit luka pada perut, tangan dan kaki," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.