Juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan ancaman paling besar apabila bertemu gergasi Arab Saudi, Al-Ahli, dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Jeddah malam ini.
Pertama kali melangkah ke suku akhir ACLE, Harimau Selatan membawa bersama impian dan maruah dalam menentang pasukan yang lebih senior dan berkemampuan itu.
Advertisement
Juara bertahan hadir dengan segala kekuatan kewangan dan kilauan pemain bintang seperti Riyad Mahrez dan Ivan Toney, yang pernah menggegarkan pentas dunia.
Mampukah Harimau Selatan mencipta satu lagi sejarah gemilang sebagai satu-satunya pasukan Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan paling berprestij itu?
β¨ ππππ-π ππππππππ β¨
π―π΅ Vissel Kobe roar into the #ACLElite semi-finals and inch closer to continental glory! pic.twitter.com/74QXCUG7lTβ #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) April 16, 2026
Sekiranya skuad kendalian Xisco Munoz melakukan kejutan, mereka bakal bertemu gergasi Jepun iaitu Vissel Kobe dalam aksi separuh akhir.
Ia, susulan mereka menewaskan kelab terkemuka Qatar, Al-Sadd, menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3, sekali gus menepati ramalan ke separuh akhir.
Untuk rekod, JDT meraih kemenangan 1-0 ke atas Vissel Kobe dalam pertembungan lalu di peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).