Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Kelab Jepun tiada tandingan, kini giliran Machida ke separuh akhir!

ACLE: Kelab Jepun tiada tandingan, kini giliran Machida ke separuh akhir!

Machida Zelvia sahkan slot ke separuh akhir Liga Juar-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan AL-Ittihad 1-0 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Puetra Abdullah AL Faisal, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-31 menerusi Tete Yengi selepas percubaannya tertanpan masuk ke gawang sendiri oleh pemain lawan sekali gus memastikan gergasi Jepun itu mencipta sejarah mara ke separuh akhir.

Advertisement

Namun, dalam perlawaan itu menyaksikan Ittihad menguasi keseluruhan perlawanan tetapi barisan pertahan Zelvia, terutama penjaga gol, Kosei Tani bijak membaca gerakan lawan dalam kawasannya.

Masuk babak kedua perlawanan, intensiti permainan semakin ditingkatkan oleh kedua-dua pasukan.

Pada minit akhir perlawanan, gol penyamaan yang disangka hadir menerusi Danilo tetapi dibatalkan pengadil Ma Ning selepas bola didapati terkena tangan.

Oleh itu, skuad kendalian Go Kuroda bakal berdepan sama ada Buriram United atau Shabab Al Ahli di pentas separuh akhir.

Topik Berkaitan

Must Watch Video