Wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), tersingkir di tangan juara bertahan, Al-Ahli Saudi, selepas tewas 1-2 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Jeddah, Arab Saudi malam tadi.
Insiden tidak diingini berlaku pada minit ke-37 apabila Jairo mengalami kecederaan serius dan terpaksa diusung keluar padang untuk mendapatkan rawatan segera selepas kepalanya menerima sepakan daripada gerakan akrobatik Ali Majrashi.
Advertisement
Hentakan di muka dan kepala akibat sepakan daripada gerakan akrobatik Ali Majrashi Jairo, menerima 30 jahitan di bibir atas.
Dalam pada itu, penjaga gol terbaik FIFA 2021, Edouard Mendy, mendoakan kesembuhan mesin cetak JDT musim ini Jairo Da Silva selepas insiden yang mengerikan itu.
Mendy menjadi watak penting dalam membantu pasukannya itu mencetak kemenangan sekali gus dalam misi pertahankan kejuaraan musim lalu.
AL Ahli akan berdepan Vissel Kobe dalam aksi separuh akhir.